BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

7.13.2009

sunnah taqririyyah

Kepada akhi al-husaini yang bertanya mengenai sunnah taqririyyah ana buat satu entry di sini daripada apa yang ana terjemahkan daripada kitab al-wajiiz fi usulil fiqh karangan Duktur Abdul Karim Zaidan mukasurat 131 di bawah tajuk as-sunnah at-taqririyyah perenggan ke 4 sehingga akhir..Penterjemahan ini harfan biharfin dan ana cuba sesuaikan dengan bahasa melayu sebaik mungkin untuk mengelakkan berubah murad asal penulis. Boleh rujuk kembali seperti sumber yang ana nyatakan di atas..Sunnah taqririyyah ialah diam Nabi SAW daripada mengingkari perkataan atau perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi SAW atau ketika Baginda tidak ada tetapi mengetahui perkara tersebut. Maka diam ini menunjukkan kepada harus melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak akan diam terhadap perkara yang batil ataupun mungkar.Di antara contoh jenis sunnah taqririyyah ini : Diam Nabi SAW dan tidak mengingkari kanak-kanak yang bermain perang-perang di dalam masjid dan diam Nabi SAW daripada nanyian dua orang hamba perempuan yang menyanyi dengan lagu (hamaasi) yang semangat atau juga dengan makna ghairah pada hari raya.Dan contoh diam Nabi SAW yang menunjukkan dilalah harus melakukannya, sebagai khabar baik dengan perkara tersebut, menunjukkan redha Baginda terhadap perkara itu atau menganggap ia baik (membenarkan) bahkan redha ini atau membenarkan ini menunjukkan dilalah yang mengharuskannya dengan semata-mata diam (walaupun Rasulullah tak kata apa).Perhatian di sini: Sesungguhnya pengharusan perbuatan yang diambil daripada diam Nabi SAW tidak bermaksud perbuatan itu hukumnya harus sahaja kadang-kadang perbuatan itu jadi wajib dengan dalil yang lain dan dengan ini maka diam Nabi SAW tidak dikira lebih daripada dalil yang mewajibkan tadi.

0 comments: